Penderma darah ganjil, sumbangan anda tidak ternilai buat pesakit

0
2

KEKERAPAN menderma darah bagi seseorang yang dikategorikan sebagai ‘berdarah emas’ hanya berdasarkan panggilan sahaja atau keperluan sahaja.

Itu yang berlaku kepada Penderma Darah Ganjil (A negatif), Nurhafizza Osman yang mula dikesan memiliki jenis darah berkenaan ketika pertama kali menderma darah pada 2019.

Pihak Tabung Darah Hospital Umum Sarawak dalam satu perkongsian di laman Facebook, hari ini memaklumkan penderma berkenaan dikesan pada 16 September 2019 di Petra Jaya.

“Selamat pagi semua. Hari ini kita amat bertuah menerima seorang lagi Penderma Darah Ganjil (negatif) iaitu Cik Nurhafizza Osman.

“Mula menderma pada 16 September 2019 Di Pasaraya Mydin Petra Jaya sekadar ingin mencuba sahaja.

“Namun selepas Itu beliau diminta untuk menghadirkan ke Tabung Darah dan dimaklumkan bahawa beliau adalah penderma yang berdarah ganjil dan kekerapan menderma hanya atas panggilan sahaja,” menurut perkongsian itu

Menurutnya, Nurhafizza diminta menderma darah sekali lagi hari ini dan sumbangannya itu tidak ternilai buat pesakit yang memerlukan.

“Sedia maklum atas permintaan, hari Ini sekali lagi beliau hadir buat kali keempat atas panggilan oleh Pihak Tabung Darah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial beliau.

“Bagi Pihak Tabung Darah Hospital Umum Sarawak, kami ucapkan terima kasih kepada Cik Nurhafizza atas sumbangan yang tak ternilai buat pesakit kami,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here