Crackhouse Comedy Club disimbah cat

0
2

CRACKHOUSE Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur disimbah cat berwarna merah dan hitam, hari ini.

Menurut Sinar Harian yang memetik sumber, kejadian itu disedari selepas polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 7 pagi tadi.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi apabila dua individu tidak dikenali menyimbah premis berkenaan dengan cat berwarna merah dan hitam.

“Cat itu disimbah pada papan tanda serta pintu masuk kelab komedi berkenaan serta mengenai sebuah premis yang terletak bersebelahan kelab komedi tersebut,” katanya seperti dilapor akhbar tersebut

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sebelum itu, video tular berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi solo di kelab terbabit sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here