Ada pihak cuba putar belit isu ‘Makcik Goreng Pisang’ – Ismail Sabri

0
3

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan minyak masak paket bersubsidi adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial seperti yang dimaklumkannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung penggunaan minyak masak berkenaan oleh pihak komersial termasuk peniaga goreng pisang.

“Ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya berkenaan minyak paket yang digunakan ‘Makcik Goreng Pisang’.

“Sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk menangani keadaan itu, tetapi ada perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Tetapi, kerajaan tidak berdiam diri. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here