Jokowi enggan laksana larangan rentas sempadan

0
2

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo enggan melaksanakan larangan rentas sempadan kerana ia akan menjejaskan kehidupan rakyat khususnya di luar bandar.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia tetap mengutamakan soal kesihatan rakyat tetapi tidak akan mengenepikan kepentingan ekonomi negara itu.

“Keutamaan kepada kesihatan rakyat tidak bermakna kita perlu mengorbankan sektor ekonomi.

“Sekiranya kepentingan ekonomi diketepikan, ini bermakna puluhan juta rakyat akan terjejas kehidupan masing-masing,” katanya.

Kenyataan itu dibuat, selepas kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus memuncak kepada 299,056 kes, dengan kes kematian tertinggi di Asia iaitu 11,055.

Beliau turut mempertahankan tindakannya itu dan juga komitmen dalam memerangi Covid-19 dan menggesa supaya tidak timbul polemik atau kekecohan berhubung ada yang mendakwa dia lebih mementingkan ekonomi berbanding kesihatan orang awam.

“Memerangi pandemik ini sangat sukar, ia memerlukan kerjasama erat semua pihak dan saya percaya kita boleh melakukannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa menteri dalam Kabinetnya menambah baik tindak balas dan berharap rakyat turut memberikan cadangan bernas untuk sama-sama menyelesaikan krisis berkenaan. – Malaysiapost

Foto Kredit: The Jakarta Post