PKR umum kepimpinan sesi 2022-2025

0
2

BARISAN kepimpinan baharu PKR bagi penggal 2022-2025 diumumkan, hari ini dengan pucuk pimpinan utama diterajui Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya yang baharu, Rafizi Ramli.

Turut diumumkan empat Naib Presiden iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun; Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang; dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nama-nama kepimpinan baharu itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Saiful Izham Ramli pada Kongres Nasional PKR 2022 yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.

“Inilah barisan yang akan membina PKR yang lebih baik…bebas daripada pengkhianat yang pernah berada dalam parti,” katanya.

“Saya harap kita semua (perwakilan) akan pulang dengan harapan baharu PKR yang akan memimpin negara selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya di Kongres PKR di IDCC Shah Alam.

Sementara itu, Adam Adli diumum memenangi jawatan Ketua Pemuda PKR, manakala Fadhlina Sidek memenangi jawatan Ketua Wanita PKR.

Keputusan pemilihan kali ini menyaksikan, PKR terdiri daripada dua kumpulan pemimpin iaitu kem Anwar dan juga kem Rafizi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here