Lorong kiri, kecemasan laluan Tapah-Bidor ditutup sementara – PLUS

0
2

PENUTUPAN lorong kiri dan kecemasan di Lebuhraya Utara-Selatan di laluan Tapah-Bidor bagi kerja penyelenggaraan jalan bermula Isnin ini hingga 22 Julai ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan laluan ditutup itu antara KM335.70 hingga KM336.65 dari arah Selatan dan turut menasihati pengguna lebuhraya supaya merancang perjalanan mereka.

“PLUS mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut.

“Sepanjang tempoh tersebut, penggunaan lorong kecemasan secara berkala akan diaktifkan sekiranya perlu bergantung kepada keadaan trafik di laluan terbabit.

“Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini,” katanya PLUS dalam kenyataan, hari ini.

PLUS juga menasihati pengguna supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here