
KES baharu Covid-19 melonjak melebihi 5,000 kes semalam iaitu 5,230 kes berbanding 4,098 kes kelmarin.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,576,164 kes, dengan melibatkan kes import sebanyak 11 kes.
Sementara itu, lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, satu daripadanya kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,844 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 41,208.
Seramai 39,703 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 30 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,411 kes pula dirawat di hospital dan 64 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 44 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
