Waktu tulis Manifesto PH dulu tak pula fikir kesan ‘mempolitikkan’ PTPTN?

0
3

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyelar kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa ada pihak cuba menjadikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai isu politik.

Asyraf Wajdi mempersoalkan kenyataan Wan Saiful itu yang dilihat tidak selari dengan tindakannya termasuk ketika menulis Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang turut ‘mempolitikkan’ PTPTN.

“(Wan Saiful) merangkap bekas Penulis Manifesto PH. Nak tanya, waktu tulis Manifesto PH dulu tak terfikir ke kesan mempolitikkan PTPTN?

“Lagi satu macam mana posting (Facebook) sebut sumbangan PTPTN tapi bungkusan guna nama Perikatan Nasional (PN)? Boleh ke begitu?,” soalnya dalam hantaran Facebook.

Semalam, Wan Saiful yang juga bekas Pengerusi PTPTN mendakwa agensi itu pernah diheret untuk dijadikan sebagai isu politik.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, perkara itu timbul sejak beliau mula memegang tampuk pentadbiran perbadanan tersebut sejak 2018.

“Saya sentiasa mengelak daripada menjawab mereka walaupun individu seperti (Datuk Seri Dr) Shamsul Anuar Nasarah dan (Datuk) Asyraf Wajdi (Dusuki) dan beberapa orang lagi banyak membuat provokasi murahan.

“Saya tegas dengan pandangan bahawa PTPTN rosak sehingga menjadi bom jangka kepada kewangan negara kerana ada ahli politik tidak bertanggungjawab yang mempergunakan PTPTN untuk faedah politik jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata, hutang dan kos dana yang diwarisi akibat daripada model operasi songsang ditinggalkan sebelum ini melebihi RM40 bilion. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here