Hempas murid, guru Kafa direman tiga hari

0
2

GURU Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang disyaki menghempas seorang murid lelaki sehingga patah kaki di sebuah sekolah di Marang telah direman polis selama tiga hari. 

Perintah reman terhadap lelaki itu yang bermula hari ini hingga Ahad, dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Rabiatul Adawiyyah Che Khalid.

Ketua Polis Marang Mohd Zain Mat Dris berkata, perintah reman tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, lapor FMT. 

Sebelum ini, seorang murid lelaki berusia sembilan tahun dilapor patah kaki kanannya selepas didakwa dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru Kafa sewaktu sesi pengajaran pada 6 Julai lalu.

Kejadian itu berpunca apabila guru Kafa tersebut berang dengan perlakuan murid tahun Tiga itu di dalam kelas. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here