Stadium baharu Selangor lebih hebat daripada Anfield – MB

0
2

SELANGOR bakal memiliki stadium yang jauh lebih baik dan hebat daripada Stadium Anfield milik jaguh bolasepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menjanjikan stadium baharu pasukan Selangor bakal menjadi salah satu stadium terbaik di Malaysia. 

“Stadium baru selangor is better than my team stadium Anfield,” katanya dalam siarang langsung secara maya di Facebook, hari ini. 

Amirudin menjelaskan, kerajaan Selangor telah merancang untuk membina sebuah stadium baharu, namun belum menentukan lokasinya. 

Beliau menjelaskan, pihaknya masih belum memutuskan sama ada mahu membina stadium baharu di tapak yang berlainan atau merobohkan Stadium Shah Alam dan menaik taraf semula.

Setakat ini, Amirudin menjelaskan, masih terdapat beberapa elemen yang sedang diteliti dan perbincangan bagi keputusan akhir bakal menjadi penentu.

Menurutnya, beberapa aspek utama perlu diteliti termasuk aspek keselamatan stadium yang menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Bagaimanapun Amirudin berkata, pembinaan stadium baharu yang dijangka mencecah RM787 Juta ini bakal menjanjikan kepuasan kepada para penyokong The Red Giants. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here