Apa dah jadi di Malaysia, siapa sebenarnya PM?’ – Zaid Ibrahim 

0
3

KEKALUTAN yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan hari ini hanya mampu ‘ditamatkan’ dengan mengadakan segera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

Perkara tersebut dibangkit Mohd Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan merujuk beberapa isu berbangkit termasuk memorandum persefahaman (MoU) kemasukan pekerja asing dari Indonesia yang ditangguhkan, baru-baru ini.

 “MoU ditandatangani dua bulan lalu antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan dan Presiden Indonesia, Jokowi (Joko Widodo).

“MoU ini macam perjanjian yang akan beri kesan dari segi undang-undang. Apabila kita tidak dapat menunaikan perjanjian itu, apakah dunia akan melihat kita sebagai negara yang songsang, tidak ada prinsip atau negara yang tak ada ‘authority’,” katanya menerusi video di Facebook.

Selain itu, Mohd Zaid berkata, isu berkaitan sumber tenaga itu sepatutnya di bawah kendalian Datuk Seri M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia, namun hal sebaliknya berlaku apabila Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilihat lebih ‘berkuasa’.

“Dia (Hamzah) pula yang kata kita (negara) boleh cari pekerja asing lain selain dari Indonesia. 

“Ini suatu tamparan hebat kepada Perdana Menteri (kerana) Menteri Dalam Negeri dari Bersatu boleh bagitahu perjanjian yang PM tandatangan dua bulan lalu ‘tiada guna’,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Zaid mempersoalkan siapa Perdana Menteri yang sebenar selepas melihat tindak-tanduk Hamzah yang melangkaui had peranannya berhubung isu terbabit. 

“Apa dah jadi di Malaysia, siapa sebenarnya PM? Umno merasakan Ismail Sabri orang Umno (sebagai PM), tetapi Bersatu pula anggap Hamzah PM,” katanya.

Malah, Mohd Zaid berkata, beliau tidak pernah melihat sebuah kerajaan yang ‘tidak berguna’ seperti hari ini, selain menuntut agar Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu berbangkit dengan sebaiknya.

“Apapun saya harap PM selesaikanlah perkara ini, sudah lah soal Duta ke Indonesia pun tak boleh selesai. Soal perjanjian Timbalan Perdana Menteri (TPM) pun tak boleh selesaikan, apa yang berlaku?,” soalnya. 

Dalam masa sama, Mohd Zaid berharap semua pihak termasuk pembangkang bersatu hati menuntut pilihan raya umum diadakan segera bagi menyelesaikan kekalutan yang berlaku dalam kerajaan.

“Jadi saya harap benda yang tak boleh selesai ini kita selesai melalui PRU. Ini bukan rayuan utk selamatkan kluster mahkmah tetapi untuk rakyat dan negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here