‘Kami masih ada misi perlu diselesaikan’

0
3

KAMI masih ada lagi satu misi yang perlu diselesaikan pada aksi final menentang Laos esok, kata Pengurus Pasukan B-19 Kebangsaan, Mohd Joehari Ayub.

Ia susulan kejayaan skuad Harimau Muda melangkah ke pentas final Piala AFF B-19 2022 selepas menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Jakarta semalam.

Menurut Mohd Joehari, sokongan dan doa rakyat Malaysia diperlukan bagi mengiringi pasukan dalam aksi final menentang Laos.

“Insya-Allah ia akan mengiringi kejayaan pasukan ini. Demi Malaysia! Demi lencana di dada,” katanya.

Sambil melahirkan rasa syukur, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemain serta barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan atas kejayaan kita mara ke final.

“Pada perlawanan separuh akhir malam tadi, pemain telah bermain dengan penuh kesungguhan, mempamer disiplin amat tinggi serta mengikut taktikal yang dirancang barisan kejurulatihan.

“Alhamdulillah, pasukan berjaya menewaskan pasukan pilihan kejohanan iaitu Vietnam dengan jaringan 3-0. Tahniah sekali lagi kepada semua,” katanya yang turut berterima kasih atas sokongan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here