Undur dengan bermaruah sebelum ditolak rakyat

0
3
Syed Saddiq hadir ke IPD Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai kegagalan memakai face mask.

KALAU rakyat marah dan menolak kamu, undurlah dengan bermaruah, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian merujuk kepada situasi di Sri Lanka apabila Presiden negara itu, Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Maldives sebelum meletak jawatan semalam.

“Jangan sampai negara dah jatuh, rakyat dah marah barulah nak lari. Ia (jawatan) bukanlah satu keistimewaan, kesenangan atau kemewahan.

“Ia bukanlah satu kelebihan atau kemegahan. Duduk dan jangan lari,” kata Presiden Parti Muda itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Media antarabangsa melaporkan Rajapaksa melarikan diri ke Maldives awal pagi semalam, beberapa jam sebelum beliau sepatutnya meletak jawatan selepas bantahan meluas berhubung pengendalian krisis ekonomi yang melanda.

Rajapaksa sepatutnya meletakkan jawatan sebagai presiden semalam untuk memberi laluan kepada kerajaan perpaduan, selepas beribu-ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya dan perdana menteri pada Sabtu menuntut penyingkiran mereka.

Presiden tidak kelihatan di khalayak ramai sejak Jumaat dan Parlimen akan memilih penggantinya pada 20 Julai ini.

Mengulas lanjut Syed Saddiq berkata ia adalah krisis politik dan ekonomi yang paling melemahkan sejak kemerdekaan Sri Lanka pada 1948.

“Apa yang buat rakyat Sri Lanka sangat marah?,Potong cukai tapi tinggalkan lubang dalam hasil negeri.

Larangan baja kimia pada tanaman, kemudian U-Turn dan ditarik balik. Industri pelancongan yang dikerah habis-habisan.

“Penat lelah pekerja Sri Lanka yang bekerja di luar negara dikeringkan oleh kerajaan sendiri. Tambah lagi korupsi berleluasa yang membelenggu Sri Lanka sejak bertahun-tahun,” katanya.

Sehubungan itu katanya, walau seteruk mana pun kemelutnya, mana-mana pemimpin tidak boleh lari dari hukumannya atas kelemahan mentadbir negara.

“Ingat, bila dah diberi mandat, jalankan dengan bertanggungjawab dari mula sampai habis tak kira baik atau buruk situasi negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here