Petugas kesihatan TH-KKM rawat jemaah negara lain

0
2

PETUGAS Tabung Haji – Kementerian Kesihatan (TH-KKM) yang bertugas pada musim haji tahun ini turut merawat dan membantu jemaah dari negara lain yang memerlukan pertolongan selain jemaah haji Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata meskipun semua jemaah Malaysia telah menjalani saringan yang rapi sebelum bertolak ke Tanah Suci, namun tidak hairan jika ada jemaah yang diuji dengan masalah kesihatan.

“Beberapa pesakit dari Klinik Kecemasan Mina telah dirujuk ke Hospital di Makkah; antaranya hernia/angin pasang, kes sakit puan yang kompleks, kes jangkitan kuman yang parah, serangan jantung, serangan asma, kepatahan tulang dan kes akut yang memerlukan pembedahan segera.

“Sememangnya menjalankan ibadah Haji tidak mudah dan ramai yang akan diuji oleh-Nya. Namun Allah tidak akan menguji seorang hamba-Nya di luar batas kemampuannya (Al Baqarah, ayat 286).

“Setiap ujian yang diberikan merupakan ketetapan dalam kehidupan insan untuk membuat seorang hamba menjadi lebih bersyukur,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dr Noor Hisham berkata, pasukan kesihatan TH-KKM turut diuji dengan pelbagai cabaran dan latar belakang jemaah di Tanah Suci.

“Alhamdulillah mereka turut merawat dan menolong jemaah dari negara lain yang memerlukan pertolongan selain jemaah haji Malaysia. Allah sahajalah yang dapat membalas jasa kalian semua petugas dengan setimpalnya, InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here