UNIVERSITI Malaya memperkenalkan menu ekonomi di semua kafeteria kolej kediaman institut pengajian itu, berkuatkuasa hari ini.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama pengusaha kafeteria kolej kediaman menyediakan menu ekonomi itu berikutan peningkatan harga barangan yang memberi kesan kepada harga makanan di dalam kampus.
Set pertama berharga RM3.50 adalah hidangan nasi putih bersama telur dadar dan sayur/ulam beserta sambal/sup kosong.
Set kedua berharga RM5 adalah hidangan nasi putih bersama lauk (ayam/ikan) dan sayur/ulam beserta sambal/sup kosong.
“BHEP sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup sepanjang pengajian di universiti,” katanya dalam kenyataan. – Malaysiapost

