Rebah sebelum meninggal dunia ketika tunggu daging korban

0
2

SEORANG lelaki berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia, selepas rebah ketika menunggu giliran bagi agihan daging korban di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Abd Malik Bakar ditemui pihak penganjur dalam keadaan tidak sedarkan diri di pusat khidmat tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil siasatan awal mendapati arwah dikatakan sedang menunggu giliran untuk mengambil daging korban yang diagihkan.

“Semasa majlis sedang berlangsung, nama arwah telah dipanggil oleh penganjur untuk menerima daging korban, namun tiada sahutan.

“Penganjur kemudian menjumpai arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia telah dibaringkan di atas sofa sebelum mendapatkan bantuan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, menurut Arshad, panggilan kecemasan hospital telah dibuat Pegawai Khas Parlimen Masjid Tanah dan ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.

“Mayat arwah telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambahnya, majlis agihan daging korban itu dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. – Malaysiapost

Kredit foto: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here