POLIS menahan wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, semalam.
Difahamkan, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 10.45 malam.
Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata suspek wanita berusia 28 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai bagi membantu siasatan.
“Pada masa ini, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, tular di media sosial klip video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas mendakwa dirinya sebagai seorang beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran. – Malaysiapost

