Covid-19: 6 kematian baharu direkodkan, 2 BID

0
3
grafik

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,801 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 3,586 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan tiga kes import.

Angka itu menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 434 berbanding 4,020 kes jangkitan Covid-19, kelmarin.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,552,114 kes.

Selain itu, seramai 33,888 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 27 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,241 kes pula dirawat di hospital dan 42 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 25 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here