Kenaikan OPR perlu bagi tangani inflasi – Zahid

0
2
zahid hamidi

BAJET 2023 memerlukan pendekatan khusus Kerajaan Persekutuan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam ketidaktentuan ekonomi semasa selain kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tambahan pula Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 0.25 peratus kepada 2.25 peratus.

Namun begitu, katanya keputusan itu merupakan tindakan yang perlu bagi  menangani inflasi pada jangka masa panjang.

“Namun begitu, Kerajaan Persekutuan seharusnya sekali lagi mengumumkan pakej-pakej bantuan ekonomi kepada golongan rakyat yang terkesan secara menyeluruh. Bayaran tambahan RM100 dan RM50 Bantuan Keluarga Malaysia sedia ada  secara realiti tidaklah mencukupi.

“Seperti contoh, Kerajaan perlu memberi fokus kepada anak-anak golongan kurang berkemampuan, sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Lebih elok sejumlah wang Bantuan Sara Hidup kepada mahasiswa dan pelajar sekolah rendah dan menengah juga dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terkesan dengan kenaikan kos sara hidup hasil daripada kenaikan OPR,” katanya dalam hantaran Facebook.

Ahmad Zahid berkata, tambahan pula mahasiswa pada tahun akhir yang berada dalam zon transisi daripada pusat pengajian kepada alam pekerjaan memerlukan ‘capital’ yang munasabah dan sokongan mencukupi bagi memulakan hidup.

Menurutnya, bantuan kewangan harus disandarkan kepada paras kemiskinan baharu dan juga memfokuskan kepada anak-anak Malaysia yang di sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi (IPT), berdasarkan data yang terkini.

“Mekanisme pelaksanaan pula perlulah lebih efisien dan sampai hingga ke akar masyarakat yang sangat memerlukannya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here