SETIAP ahli parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) khususnya golongan B40 dan M40 layak mendapat keistimewaan membeli ayam dengan harga RM7.99 di semua pasar mini terpilih.
Presidennya, Datuk Ibrahim Yahya berkata tawaran istimewa itu terpakai untuk rakyat yang mendaftar keahlian BPN, iaitu sebuah parti politik yang baharu ditubuhkan.
“Setelah mereka mengisi maklumat, satu kad keahlian akan diberi dan kad ini perlu dipamerkan di semua pasar mini yang ambil bahagian.
“Selain ayam, rakyat juga dapat menikmati harga istimewa seperti beras, tepung, minyak masak dan gula.
“Saya mahu tekankan tiada dana awam digunakan, semua peruntukan adalah dari perniagaan kami,” katanya pada sidang media Kuala Lumpur.
Terdahulu, Ibrahim menandatangani memorandum persefahaman bersama (MoU) pembekal ayam, Bestari Widuri Sdn Bhd berpengkalan di Pulau Pinang. – Malaysiapost

