Video TikTok Daie Syed bersama Anna Jobling dikecam netizen

0
2

PENCERAMAH Daie Syed kembali mencetuskan kritikan netizen selepas memuat naik video di TikTok yang menunjukkan dirinya sedang duduk bersebelahan dengan aktres jelita.

Dalam klip video itu, pemilik nama penuh Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu tanpa menghiraukan status daienya telah duduk rapat bersebelahan dengan pelakon jelita Anna Jobling sekaligus mengundang perhatian netizen.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam klip video tersebut dan menyifatkan penceramah itu tidak sepatutnya melakukannya dengan pelakon watak Melur dalam drama Melur Untuk Firdaus itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Daie Syed yang dikatakan tidak menjaga ikhtilat dan telah mencetuskan fitnah.

Malah ada yang meminta dia untuk melucutkan gelaran Daie yang membawa maksud pendakwah.

“Waww inilah dai Islam kita berapat rapatkan saf”, “Ada title Dai sebab masuk competition je”, “Ikhtilat gone dai ke apa ke. Salah tetap salah.

“Mendatangkan fitnah”, “Sebab inilah pembuka kepada fitnah-fitnah dahulu”, “Dah boleh buang dah title dai tu”, “Awak nak cabar siapa ni,” antara komen-komen netizen.

Bagaimanapun, Daie Syed dilihat tidak memberikan sebarang respon atau komen berhubung kritikan netizen itu.

Sebelum ini, penceramah bebas itu pernah mencetuskan kontroversi, didakwa mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta dua tahun lalu.

Namun, dia telah dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Petaling Jaya pada 31 Mei lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here