Orang ramai diingat waspada, jaga SOP elak kes meningkat semasa Aidiladha

0
2
Kelihatan orang ramai membawa banyak beg dan menunggu arahan KTM Berhad untuk turun ke Platform keretapi di KL Sentral hari ini.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada menjelang Aidiladha yang akan disambut 10 Julai ini.

Katanya, orang ramai perlu terus mengekalkan jarak selamat dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.

“Jadi menjelang sambutan Aidiladha ini, teruskan berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga.

“Pakai pelitup muka apabila di kawasan tertutup dan sesak, amalkan #TRIIS. Lakukan self-test sebelum balik kampung,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada peningkatan kes pada Aidilfitri lalu.

Katanya, sambutan Aidilfitri lalu menyaksikan bilangan kes harian Covid-19 melonjak kepada 3,410 kes pada 12 Mei.

Khairy menjelaskan, situasi itu berpunca daripada pergerakan dan perkumpulan orang ramai ketika perayaan.

“Ini antara lain berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here