BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempersoalkan tindakan sebuah sekolah menjemput TikTokers dikenali Haqiem Stopa untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam turut menggelarkan Haqiem dengan penggilan ‘mat rempit’.
Malah Maszlee mempersoalkan jika mat rempit dibenarkan masuk ke sekolah, kenapa beliau sebagai bekas Menteri Pendidikan tidak dibenarkan berbuat demikian.
“Mat rempit masuk sekolah ✅. Mantan Menteri Pendidikan masuk sekolah ❎ Apa nak jadi dengan negaraku?,” soalnya.
Semalam Malaysiapost melaporkan, kehadiran Haqiem sebagai jemputan majlis sebuah sekolah mendapat reaksi pelbagai pihak yang mempersoal ciri-ciri pemuda itu sehingga diangkat ikon anak muda.
Menerusi hantaran laman Kuro Bikeseller di Facebook, mereka mempersoalkan jemputan Haqiem ke sekolah menengah itu atas dasar apa.

“Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran?
“Aku tak setuju orang macam ini diberi peluang bercakap depan budak-budak lapisan zaman akan datang.
“Orang macam ini patut kita ignore kan, bukan diberi perhatian,” katanya.
Rata-rata netizen juga senada dengan pendapat bahawa sepatutnya ikon belia yang dijemput ke sekolah adalah individu yang cemerlang dalam sesebuah bidang. – Malaysiapost

