Hakim kes Zahid setuju lawat dua banglo di Country Heights

0
2

Nahar Tajri

HAKIM Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini, bersetuju dengan cadangan peguambela, Hisyam Teh Poh Teik mempelawanya membuat lawatan di dua unit banglo di Country Height, Kajang yang menjadi subjek pertuduhan kes salahguna dana Yayasan Akal Budi (YAB) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozila Raja Toran yang menegaskan mahkamah tidak perlu untuk melawat kerana pertuduhan dibuat ke atas pembelian.

Namun, Sequerah mengatakan ia adalah ‘the interest of justice’ menyebabkan beliau bersetuju dengan pelawaan tersebut.

Pihak pendakwaan sebelum ini sering memberi tekanan terhadap Ahmad Zahid dan cuba mendapatkan persetujuannya bahawa dua unit banglo itu dibeli atas kepentingan peribadi.

Sementara itu, bagi pembelaan kes penggubahan wang haram (AMLA) Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong mengemukakan beberapa soalan yang cuba memesongkan keterangan Ahmad Zahid apabila berulang kali mencadangkan bahawa Presiden Umno itu memberikan arahan kepada pengurup wang, Omar Ali Abdullah dan Lewis & Co untuk melakukan transaksi ke dalam akaun deposit simpanan tetap (FD) bagi pihak YAB.

Ia disanggah Ahmad Zahid yang bertegas bahawa beliau tidak pernah memberikan arahan supaya transaksi itu dilakukan kerana firma guaman Lewis & Co sememangnya memang perlu memasukkan wang itu kedalam FD berdasarkan keperluan undang.

Ahmad Zahid juga bertegas menyatakan bahawa Omar Ali melalui inisiatifnya sendiri menukarkan wang tunai yang di terima dari Yayasan Al Bukhary kepada cek.

“Saya sudah berkali kali menjawab soalan yang sama. Saya sudah jelaskan berkali kali sebelum ini dan jawapan saya tetap sama,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan balas di Mahkamah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here