34 motosikal terbakar angkara khianat

0
2

SEBANYAK 34 motosikal musnah dalam kebakaran dipercayai angkara khianat di Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata, polis menerima laporan jam 2.21 pagi daripada seorang wanita mendakwa berlaku kebakaran motosikal sebelum bomba dari Balai Sri Rampai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 34 motosikal terbabit dalam kebakaran kerana kedudukan kenderaan terlalu rapat antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan mengenai punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur khianat dalam kejadian itu.

“Usaha diteruskan untuk mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here