Malaysia sasar peluang perdagangan komoditi dua hala dengan Turkiye – PM

0
2

MALAYSIA mensasarkan peluang perdagangan komoditi dua hala bersama Turkiye dengan memberi fokus kepada sekuriti makanan bagi menjamin sekuriti bekalan makanan kepada Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu bakal direalisasikan selepas perbincangan antara Boustead Holdings Bhd (Boustead) dan OYAK, hari ini.

Katanya, perbincangan itu dibuat ketika sesi pertemuan perniagaan melibatkan syarikat-syarikat gergasi Malaysia dengan syarikat-syarikat terkemuka Turkiye.

“Selain Boustead, syarikat-syarikat terkemuka lain yang mengadakan perundingan pelaburan termasuklah Khazanah Nasional Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan juga Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT),” katanya menerusi Facebook.

Ismail Sabri berkata, perundingan itu juga bertujuan menarik peluang pelaburan dari syarikat Turkiye ke Malaysia dan juga menerokai usaha sama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk teknologi perbankan digital dan kewangan Islam.

Beliau turut memaklumkan, Turkiye juga merupakan antara negara pengeksport tepung gandum terbesar dunia.

Dalam masa sama, Ismail Sabri turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Karadeniz Technical University (KTU); dan UMK dengan Karabuk University (UNIKA).

“Selain pemeteraian Dokumen Persefahaman antara Boustead dengan Great East Capital Bigli Teknologi Yatirimlari (GEC),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here