Netizen persoal Haqiem Stopa jadi jemputan acara sekolah

0
2

KEHADIRAN TikTokers dikenali Haqiem Stopa sebagai jemputan majlis sebuah sekolah menengah mendapat reaksi pelbagai pihak yang mempersoal ciri-ciri pemuda itu sehingga diangkat sebagai ikon anak muda.

Menerusi hantaran laman Kuro Bikeseller di Facebook, mereka mempersoalkan jemputan Haqiem Stopa ke sekolah menengah itu atas dasar apa.

“Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran?

“Aku tak setuju orang macam ini diberi peluang bercakap depan budak-budak lapisan zaman akan datang.

“Orang macam ini patut kita ignore kan, bukan diberi perhatian,” katanya.

Rata-rata netizen juga senada dengan pendapat bahawa sepatutnya ikon belia yang dijemput ke sekolah adalah individu yang cemerlang dalam sesebuah bidang.

“Kalau aku jadi mak ayah budak-budak sekolah ini, aku sudah buat aduan. Sebab anak-anak kita di doktrin dengan idola yang tidak berguna macam ini,” kata Hilmie Danial.

“Sekolah mana yang jemput dia ni? Cikgu pun kena la buat semakan sikit sebelum jemput ke sekolah,” kata Sabri Suror.

Namun begitu, terdapat juga netizen meminta orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian negatif kepada sekolah kerana setiap jemputan perlu kelulusan pihak atasan terlebih dahulu.

“Jangan la terlalu cepat menghukum. Pihak sekolah memang ada buat tapisan siapa jemputan bagi acara berbentuk kaunseling atau motivasi. Kena selidik sebelum letak dalam sosial media,” kata Johari Salleh.

“Bersangka baik tuan-tuan. Mungkin sekolah ini jemput dia untuk dijadikan contoh murid-murid gagal yang masih boleh berjaya. Setidak-tidak budak-budak kurang cemerlang tidak down,” ujar Ahmad nazri.

Dalam video itu, kelihatan Haqiem Stopa berdiri di atas pentas di hadapan elajar dan di sebelahnya adalah Ketua Projek Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan.

Projek Belia Mahir adalah platform kepada golongan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik atau kemahiran, disebabkan tidak memenuhi kelayakan serta faktor ekonomi (kemiskinan) termasuk yang mempunyai sisi gelap salahlaku serta ingin bangkit dari masa lalu. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here