Isteri ketua kampung maut dijerut dengan kabel telefon

0
2

SEORANG wanita maut dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di Bera, Pahang, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N Kumaran, berkata mangsa berusia 52 tahun yang juga isteri ketua kampung tersebut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon.

Beliau berkata, mangsa ditemui meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pengsan akibat dipukul.

“Polis menerima maklumat pada jam 10.45 pagi iaitu seorang wanita telah maut dipercayai dibunuh di rumahnya.

“Suspek dipercayai telah masuk ke dalam rumah kira-kira jam 7.30 pagi melalui pintu belakang rumah dan masuk ke bilik mangsa.

“Mangsa dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon dan turut mencederakan suami mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 bersama kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD 9799 milik suami mangsa.

Katanya, polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera maklumkan di balai polis berhampiran.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here