KKM tidak dedahkan individu positif Covid-19 – Ismail sabri

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengumumkan sebarang nama individu yang telah disahkan positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

“Tidak ada sesiapa pun yang tahu status sebenar. Pihak KKM tidak akan ‘reveal’ (dedah) nama.

“Ianya salah jika dilakukan dan tertakluk pada akta,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ismail berkata, kini banyak penyebaran maklumat seperti nama dan gambar individu yang disahkan positif Covid-19.

Beliau mengambil contoh salah seorang Exco Pahang yang ditularkan positif Covid-19.

Namun, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan memaklumkan berita berkenaan adalah tidak benar dan Exco itu negatif Covid-19.

“Kita jangan sebarkan, hanya KKM sahaja yang tahu. Jangan sebarkan berita palsu,” katanya. -Malaysiapost