Hasrat netizen mahu Syamsul jawab Ira Kazar bukan sesiapa tak kesampaian

0
2

NETIZEN berharap Syamsul Yusof memberi reaksi positif sekali gus menjawab Ira Kazar bukan sesiapa dalam hidupnya, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila pengarah filem Mat Kilau itu terus mengunci mulut.

Dalam satu program bual bicara “Hard to Heart” yang dihos pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau Paknil, pengarah berusia 38 tahun itu telah membangkitkan perasaan geram netizen apabila enggan menjelaskan status sebenar wanita itu dalam hidupnya.

Aznil mengajukan soalan mengenai kewujudan orang ketiga dikenali sebagai Ira Kazar.

“Siapa Ira Kazar tu, terhadap awak?,” soal Aznil kepada Syamsul.

Bagaimanapun anak kepada Datuk Yusof Haslam itu membiarkan suasana menjadi senyap seketika sebelum memberi reaksi mengunci mulut dengan tangannya.

Sedutan video yang memaparkan gaya Syamsul menjawab soalan itu kemudian dikongsi di Instagram milik Jabatannetizennegara20.

Selepas tiga jam, klip video itu meraih lebih 60,000 tontonan dan dibanjiri komen netizen yang kecewa dengan sikap suami kepada Puteri Sarah Liyana.

Ini kerana dia enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Ira Kazar, anak pelakon veteran Kazar Saisi.

Rata-rata netizen geram dengan tindakan Syamsul yang memilih berdiam diri sedangkan isterinya, Puteri Sarah Liyana berjuang mempertahankan maruah diri dan menyelamatkan rumah tangganya.

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul pada 30 Jun lalu.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad memaklumkan Ira Kazar diarah masuk pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Puteri Sarah Liyana dalam tempoh sebulan, mulai semalam.

Akberdin berkata, mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here