MAT Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencetus fenomena dalam industri filem Melayu apabila meraih kutipan paling pantas, iaitu RM47 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.
Pengarah filem itu, Syamsul Yusof berkata kutipan filem itu sekali gus menjadikan ia filem terbaharu ‘blockbuster’ selepas Munafik 2 yang mencecah RM48 juta dalam tempoh 50 hari pada 2018.
Katanya, filem Mat Kilau juga mengatasi karya lain termasuk dari Hollywood yang sedang ditayangkan ketika ini.
“Allahuakhbar… Mat Kilau adalah filem paling pantas mencecah RM47 juta dalam masa 11 hari. Bakal mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (Rm 48 million).
“Hilang kata, limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semua. Majulah filem bangsa dan negara.
“Filem nombor satu Malaysia dua minggu berturut-turut. Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu kedua,” katanya menerusi Instagram. – Malaysiapost

