Kenyataan tidak sensitif, Guan Eng gesa Nik Zawawi letak jawatan menteri

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=566225541540873&set=pb.100044602951844.-2207520000..&type=3

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng menyelar kenyataan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang didakwa tidak sensitif dengan nasib rakyat berhubung isu kenaikan harga barang dan kos hidup.

Ahli Parlimen Bagan itu, berkata adalah lebih baik sekiranya Nik Muhammad Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II meletak jawatan sebagai menteri.

“Sampai masa rakyat sedang derita pemimpin PAS boleh cakap macam ini. Lebih baik letak jawatan Timbalan Menteri. Jangan ambil gaji buta,” katanya ringkas di Facebook.

Semalam, media melaporkan, Nik Muhammad Zawawi menyifatkan kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada pengguna di negara ini.

Beliau berkata, situasi rakyat negara ini lebih baik, berbanding rakyat di negara lain dikatakan lebih teruk.

“Oleh demikian, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna).

“Berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita,” katanya.

Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat.

“Kami masih memberi subsidi untuk ayam dan telur yang mana, untuk kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan menyediakan bantuan tunai.

“Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kenaikan harga ayam dan telur, kita kena sebut juga tentang subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya. – Malaysipost

Kredit Foto: Facebook Lim Guan Eng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here