Agong berangkat pulang ke Istana Negara

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September lalu kini telah berangkat pulang ke Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengiringi keberangkatan pulang Seri Paduka pada 12.40 tengah hari tadi.

Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang selesa dengan keadaan kesihatan dan dinasihat oleh doktor agar Seri Paduka Baginda berehat selama seminggu di hospital untuk pengawasan.

Pada 28 September lepas, Ahmad Fadil memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda keracunan makanan dan kecederaan ketika bersukan.

Status kesihatan Seri Paduka Baginda ketika itu berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. -Malaysiapost