MALAYSIA merekodkan sebanyak 2,425 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, semalam.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, catatan kes baharu itu membabitkan 2,417 penularan dalam negara serta lapan kes import.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini telah mencecah 4,547,051 kes.
Sementara itu, terdapat empat kematian baharu akibat Covid-19 semalam, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,741 sejak virus tersebut melanda negara.
Satu kematian yang dilaporkan semalam berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Pada masa sama, sebanyak 27,026 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Selain itu, seramai 25,972 individu atau 95.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan empat ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,020 kes pula dirawat di hospital dan 30 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 14 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 16 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

