Saya belum jumpa PM, kata Zuraida

0
2

DATUK Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau belum dipanggil oleh Perdana Menteri bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kenyataan itu hadir di sebalik laporan beliau dikatakan bertemu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum mesyuarat Kabinet di Putrajaya pagi ini.

Beliau juga menafikan bertemu Perdana Menteri secara berasingan di luar mesyuarat Kabinet bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri.

“Pagi ini saya hadir mesyuarat Kabinet,” katanya seperti dilapor FMT.

Bekas pemimpin Bersatu itu menjawab “belum” apabila ditanya sama ada Perdana Menteri sudah memanggilnya.

Terdahulu media melaporkan Zuraida bertemu Ismail Sabri sebelum mesyuarat Kabinet di Putrajaya, pagi tadi.

Difahamkan ia dipercayai berkaitan kedudukan Zuraida dalam Kabinet selepas Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), baru-baru ini.

Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata beliau akan bertemu Zuraida minggu ini berhubung kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu dalam Kabinet.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata pihaknya menunggu pertemuannya dengan Perdana Menteri  bagi membincangkan kedudukan Zuraida dalam Kabinet.

Muhyiddin berpendapat Zuraida perlu diganti kerana beliau adalah menteri Bersatu semasa memegang jawatan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here