SAKSI Pendakwaan ke -17, Tan Siong Sun atau David Tan, 47 hari ini mengaku beberapa kod nama TSM adalah merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sejumlah RM1.3 juta berhubung lanjutan
kontrak sistem visa luar negara (VLN) Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB)
Beliau memberitahu mahkamah, TSM menerima sebanyak RM300,000 yang dicatatkan sebagai “Raya” manakala pada 5 dan 21 Julai TSM menerima RM500,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM1.3 juta.
Ketika pemeriksaan balas oleh Peguambela, Datuk Zaidi Zainal, David, mengakui semua bayaran yang dibuat kepada TSM adalah berhubung pelanjutan project VLN UKSB.
Tan Seri Muhyiddin Yassin adalah Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.
Peguambela, kemudian merujuk kepada laporan akhbar bertajuk “UKSB teruskan perkhidmatan eNTRI- Muhyiddin yang dilaporkan Harian Metro bertarikh 20 Mac 2019 dan “Muhyiddin: Company handling VLN operate despite probe” laporan NST pada 25 Jun 2019.- Malaysiapost

