Siti Sarah, Shuib dipanggil SPRM

0
3

PASANGAN selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, selepas dipercayai terbabit dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air dijalankan mereka.

Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia. 

Namun pasangan selebriti ini gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara itu. 

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. -Malaysiapost

Foto Kredit: Utusan