Covid-19: Umno tangguh mesyuarat bahagian, sayap

0
3

SEMUA mesyuarat dan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian Umno ditangguhkan serta-merta.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata arahan itu dikeluarkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dipersetujui Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, ia berikutan kes Covid-19 yang mencecah 260 hari ini, iaitu kedua tertinggi sejak penularan pandemik berkenaan di negara ini.

“Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu Umno dipersalahkan. 

“Penangguhan ini adalah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost