Pendakwah tarik balik kenyataan roh berpindah jasad

0
3

PENDAKWAH bebas, Muhd Zainul Asri yang tular selepas mengulas mengenai perpindahan roh ke jasad manusia yang masih hidup dalam ceramahnya, tampil menarik balik kenyataan itu.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial, beliau meminta maaf kerana isu berkenaan menimbulkan keresahan umat Islam.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tarik balik kenyataan itu. Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya ‘naqal’ (ambil) daripada guru saya.

“Saya meminta maaf kepada masyarakat dan umat Islam di Malaysia yang mengikut polemik ini. Saya minta maaf kerana meresahkan umat Islam, umat Muhammad secara khusus. Tak perlu panjang-panjangkan, saya tarik balik,” katanya dalam video itu.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan pendakwah bebas itu menyatakan gurunya pernah menyebut contoh bahawa Allah SWT mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.

Video berkenaan mendapat reaksi ramai pihak dalam kalangan pengguna media sosial.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dilaporkan turut menggesa pihak berkuasa agama bertindak segera bagi mencegah kepercayaan kepada reinkarnasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here