HAMPIR semua lebuh raya utama termasuk di ibu negara mengalami kesesakan luar biasa, hari ini.
Tinjauan Malaysiapost mendapati berlaku pertambahan kenderaan memasuki ibu negara berikutan orang ramai mengambil kesempatan sempena cuti tiga hari hujung minggu ini, selain bermulanya cuti penggal sekolah dengan mengunjungi lokasi pelancongan sekitar ibu negara.
Trafik dilaporkan sesak di Lebuhraya Persekutuan, di Jalan Bangsar ke ibu kota, Jalan kuching, Jalan Pahang, Lebuhraya MRR2, Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
Sementara itu, aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuhraya pintu masuk utama Kuala Lumpur.
Jurucakap Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM), berkata trafik dilaporkan sesak di Lebuhraya PLUS arah utara iaitu di Slim River ke Sungkai (kawasan bottle neck); Tapah ke Gopeng ( kawasan mendaki Gua Tempurung).
Selain, Rawang Selatan ke Layby Rawang; Sungai Buloh (U) ke Sungai Buaya; Ipoh (U) ke Sungai Perak; Kuala Kangsar ke Changkat Jering; Bandar Baharu ke Jawi; Permatang Pauh ke Sungai Dua; Permatang Pauh ke Juru; Juru Auto City ke Plaza Tol Juru dan Ipoh (S) ke Simpang Pulai.
Manakala, bagi arah selatan pula aliran trafik dilaporkan sesak di Skudai ke Senai; Sedenak ke Simpang Renggam; Kajang ke Nilai; Seremban ke Senawang; Ayer Keroh ke Jasin; Yong Peng ke Yong Peng Utara dan Simpang Renggam ke R&R Machap.
“Bagi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak trafik dilaporkan sesak dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi terus ke Bukit Tinggi dan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Kuantan,” katanya.
Kesesakan dijangka berterusan di lokasi berkenaan terutama ke arah utara, selatan dan timur semenanjung sehingga tengah malam ini dan akan kembali reda selepas tengah malam.
Trafik dijangka akan kembali sesak ke arah utara, selatan dan timur bermula jam 9.30 pagi hingga lewat petang pada 5 Jun ini.
“Manakala, pada 6 Jun kesesakan dijangka berlaku di lokasi berkenaan dari arah utara, selatan dan timur menuju ke ibu kota kuala lumpur,” katanya. -Malaysiapost

