6 kontena jatuh di perairan Thailand dikesan di Langkawi

0
3

ENAM unit kontena yang terjatuh di perairan Thailand dikesan di laluan feri penumpang dan feri RORO Langkawi ke Kuala Perlis, semalam.

Sehubungan itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM) meminta komuniti perkapalan untuk lebih waspada bagi mengelak insiden tidak diingini.

JLM turut memaklumkan tindakan sedang dilakukan wakil pemilik kontena tersebut bagi mengelak ia hanyut lebih jauh.

“Wakil pemilik telah menanda kesemua enam kontena tersebut dengan suar lampu dan dipasang sauh sebagai usaha untuk elakkan kontena tersebut hanyut lebih jauh,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 30 Mei lalu, JLM menerima laporan awal dari Jabatan Laut Thailand mengenai lapan kontena jatuh laut di perairan Ko Taratao, Thailand akibat cuaca buruk dan hanyut menuju ke Langkawi.

Rabu lalu, pusat Vessel Traffic Management Information System (VTMIS) JLM di Pejabat Laut Langkawi dan Pejabat Laut Negeri Perlis menerima laporan dari nakhoda feri penumpang dan feri RORO bahawa kontena hanyut tersebut telah sampai ke laluan pelayaran Langkawi – Kuala Perlis.

Pemberi perkhidmatan dan pengawal selia sektor keselamatan pelayaran merupakan dua dari tiga fungsi utama JLM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here