Identiti 2 mayat dalam Toyota Alphard dikenalpasti – polis

0
2

POLIS mengesahkan identiti dua mayat yang ditemui dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir sebuah kondominium di Cheras, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Muhammad Idzam Jaafar berkata mangsa ialah Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun.

“Saya sahkan identiti mereka telah dikenal pasti dan polis masih menyiasat kes ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Mengulas mengenai bagaimana kenderaan itu boleh berada di kawasan parkir itu walaupun kedua-duanya bukan penghuni kondominium terbabit, Muhammad Idzam berkata kawasan parkir itu terbuka kepada awam.

“Mana-mana individu yang datang ke residensi (kondominium) berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir tersebut tetapi ia lengang dan jarang digunakan walaupun sudah siap dua tahun lepas.

“Hanya kereta mangsa yang berada di lokasi berkenaan, di sudut hujung berdekatan dinding ketika ia ditemukan.

“Kereta itu dipercayai dipandu seorang daripada remaja itu. Ia berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan parkir terbabit yang merakamkan MPV itu masuk ke lokasi, namun tiada pergerakan keluar masuk melibatkan kedua-dua si mati,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here