Amaran ribut petir di Pantai Timur, Sabah

0
3

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri sehingga jam 1 pagi esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu Pahang dan Sabah.

“Ribut Petir dan hujan lebat dijangka melanda di negeri Kelantan (Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut dan Setiu).

“Termasuk Pahang (Tanah . Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera) serta Sabah, Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran) sehingga 1 pagi; Jumaat, 3 Jun 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here