PM ucap takziah kepada keluarga bekas PAT ke-11

0
3

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-11, Jen (B) Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid yang meninggal dunia, pagi tadi.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Rahman diberikan ketabahan menghadapi ujian berkenaan.

“Menerima perkhabaran sedih pemergian bekas Panglima Angkatan Tentera ke-11, Jen (B) Tan Sri Datuk Seri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid yang kembali ke Rahmatullah, di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan akibat jangkitan kuman pada paru-paru, pagi ini.

“Takziah saya ucapkan kepada balu Allahyarham, Puan Sri Rosilah Ahmad dan seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan ketabahan menghadapi ujian ini.

“Kerajaan turut merakamkan jutaan penghargaan di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan Allahyarham sepanjang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

“Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa Allahyarham. Bersama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Abdul Rahman, 83, meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Abdul Rahman,83, menyertai ATM pada 1955 dan dilantik sebagai Panglima ATM ke-11 pada April 1992 sebelum bersara pada Februari 1994. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here