‘Pok Ya’, Izzue Islam dan Mawar antara anak seni Kelantan terima anugerah KBEA2022

0
3

Pengarah dan pelakon Sabri Yunus antara anak seni Kelantan yang menerima anugerah pada malam
Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 (KBEA2022) malam kelmarin.

Anugerah itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan ‘istimewa’ anak Kelantan itu dalam menghasilkan karya seni yang mengangkat imej negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Sabri ataupun lebih dikenali dengan jolokan “Pok Ya” itu menerima anugerah berkenaan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Karya Sabri yang telah berjaya mengangkat namanya iaitu “Pok Ya Cong Codei” yang telah diterbitkan beberapa siri.

Selain Sabri, penyanyi Datuk Nora Ariffin, Mawar Rashid, Izzue Islam antara artis kelahiran Kelantan yang menerima anugerah berprestij pada malam itu.

Bagaimanapun Mawar dan Izzue tidak dapat hadir pada majlis itu.

Personaliti media sosial Durian Kimchi turut menerima anugerah yang sama.

Pengerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022, Shahir Adnan, berkata 39 individu menerima anugerah berprestij pada malam itu.

Katanya, Uzma Berhad, Qew Group Berhad, Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Rhom Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd antara syrikat korporat yang menerima anugerah pada majlis itu.

Uzma Berhad diwakili Kamarul Redzuan Muhamed, manakala Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad menerima anugerah bagi pihak Qew Group Berhad.

Intan Shamiera Abdul Karim dari Adik Manis Empire dan Nurul Fatihah Fauzi dari Pink Mop Trade antara penerima anugerah kategori usahawan berjaya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here