Suspek rogol remaja bukan pemain TRW Kelantan FC

0
2

THE Red Warriors (TRW) mengesahkan pemain bola sepak yang ditahan berkaitan kes merogol remaja perempuan berusia 18 tahun minggu lalu, bukan pemain kelab itu.

Pengurus Operasi TRW Kelantan FC, Qusmaini Noor Rusli, berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan dalaman dan mengesahkan tiada pemain Kelantan FC yang terbabit mahupun berkait rapat dengan isu berkenaan

“Pihak kelab juga mengambil serius tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pengguna media sosial. Kami sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan Kelantan FC.

“InsyaAllah, kami di TRW Kelantan FC akan sentiasa menjaga batas pergaulan dan menghomati antara satu sama lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), selepas mangsa berusia 18 tahun membuat laporan. – Malaysiapost

Kredit Foto: trwkelantanfc.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here