JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri iaitu Perak, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga jam 11 malam ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi); Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).
“Termasuk Sarawak: Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Kapit, Miri (Marudi) dan Limbang serta Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 11 malam; Rabu, 1 Jun 2022,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

