Jasmin Hamid kena serangan jantung, dirawat di CCU 

0
2

PELAKON Jasmin Hamid kini menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat serangan jantung. 

Berita tersebut itu dikongsikan suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram pelakon itu, sebentar tadi. 

Nazmir berkata, Jasmin mengalami serangan jantung buat pertama kali dan kini sedang dipantau oleh pihak hospital. 

“Sekarang beliau berada di CCU bukan unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali. 

“Keluarga beliau ada sejarah (masalah) jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” tulisnya. 

Dalam masa sama, Nazmir meminta agar peminat mendoakan kesembuhan Jasmin. 

“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here