‘Maafkanku.. saat aku tidur lena ada orang dalam susah’ – Ebit Lew

0
3

PENDAKWAH bebas Ebit Lew tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui ada seorang warga emas berumur lebih 70 tahun terpaksa tidur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kerana kekurangan wang belanja.

Selepas dimaklumkan hal itu menerusi siaran langsung TikTok, Ebit lantas pergi ke TBS untuk mencari pakcik yang merantau dari Sik, Kedah ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan, untuk membantunya.

“Seharian mencari pakcik ni tak tidur. Malam tadi 10 malam rezeki akhirnya terjumpa. Pakcik ni ada rumah di Kedah. Tinggal seorang diri. Isteri dah meninggal dunia.

“Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang Kuala Lumpur nak cari duit untuk makan minum. Sedih tengok macam ayah-ayah kita,” katanya dalam hantaran Facebook.

Menurut Ebit, pakcik itu memberitahu sebelum ini pernah menerima bantuan namun sudah beberapa bulan ianya dipotong.

Katanya, ketika ditawarkan bantuan wang bulanan dan wang saku, pakcik berkenaan sebak kerana tidak pernah menerima bantuan duit sebanyak itu.

Ebit juga membawa pakcik itu pulang ke rumahnya untuk tidur dan berehat, malam tadi.

“Pakcik ni makan minum laju dan habis dua bekas. Lapar sangat. Sedih pula rasanya. Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga. Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat.

“Ya Allah. InsyaAllah pagi ni nak bawa pakcik ni beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan balik ke Kedah.

“Semoga pakcik tidur lena dan rehat yer. Ya Allah maafkanlah diriku disaat tidur lena ada orang dalam kesusahan dan kelaparan,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here