Krisis bekalan: MB Perak saran rakyat tanam sayur, ternak haiwan

0
2
IPOH 27 NOVEMBER 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

KERAJAAN Negeri Perak menyarankan supaya rakyat di negeri itu menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan krisis bekalan, baru-baru ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu juga sebagai inisiatif menangani isu kenaikan harga barangan yang melanda rakyat ketika ini.

“Macam kambing, lembu, kerbau dan ayam ia boleh diternak dan ditampung oleh usaha ternakan orang tempatan. Sekurang-kurangnya kita ternak (haiwan) atau tanam sayur-sayuran untuk sara diri,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurutnya, ia sekali gus mengelak daripada kebergantungan bekalan makanan daripada luar negara.

“Jadi, kerana itu banyak tempat kita mengadakan kempen iaitu tanam apa yang kita nak makan dan makan apa yang kita tanam, selebihnya jual,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Perak setakat ini memberi jaminan bekalan ayam mencukupi.

“Setakat semalam saya dimaklumkan kita ada penternak yang besar iaitu Dinding Poultry dan setakat ini mereka memberi jaminan bekalan di Perak mencukupi.

“Sekarang tiada masalah, kecuali kalau orang sengaja menyorokkan bekalan (ayam) itu untuk tujuan menaikkan harga, tetapi di peringkat bekalan tiada masalah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here